Wednesday, April 24, 2019

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah




Majlis sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan pada 16 Mei 2019 di Pulau Pinang.
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun, ia merupakan sambutan yang paling bermakna buat guru-guru dan pelajar-pelajarnya.
Pengorbanan dan jasa guru sebenarnya tidak pernah padam dalam hati sanubari pelajar-pelajarnya.

16 Mei.

Sekali lagi tarikh keramat ini disambut oleh seluruh warga pendidik di seluruh negara. Telah tersurat dan tersirat bahawa tugas guru tugas mulia. Kita panjatkan kesyukuran kepada Ilahi Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Maka Berkuasa dan Maha Pencipta kerana memilih kita sebagai guru. Sesungguhnya guru mempunyai tanggungjawab yang:

berat, jika dianggap berat,
mudah, jika mengambil mudah
mulia, jika dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala.

Sesungguhnya, sama ada kita guru, murid atau bekas murid, hari inilah kita menyampaikan penghargaan yang khusus dan istimewa, lebih istimewa daripada ucapan penghargaan yang kita berikan setiap hari kepada guru kita atau bekas guru kita.



Guru bagaikan NTV7 kerana 'ceria selalu'
Kekadang guru seakan TV3 kerana 'menjadi inspirasi hidupku'
Yang pasti guru juga seperti TV9 kerana 'dekat di hati'
dan yang paling penting guru umpama pakej ASTRO kerana ' macam-macam ada'





 Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilang diRINDU, ilmunya diBURU, 
nasihatnya diSERU, tingkahlakunya diTIRU... SELAMAT HARI GURU.


Sekian, moga ada manfaat...

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"





 mysumber (KLIK DISINI)

No comments:

Post a Comment